Selasa, 25 April 2017

Pelbagai Juadah Tradisional Masyarakat di Malaysia

MAKANAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA


         Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

     Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia.



TRADISI  MAKANAN  MELAYU 

NASI LEMAK :

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.










RENDANG :

Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara.  Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir Hamzah . seawal tahun 1550-an. 











SATE :

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.
Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal                                                           
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai










MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

MURUKU :


Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.  Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 






TOSAI 

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh 
didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.



VADAI :

Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.



MAKANAN TRADISI KAUM CINA

KUIH BULAN :

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih
yang berbentuk bulat beramai-ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

 GUANG BING (KOM PIA):

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French

  

Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba


CHAR KWAY TEOW :   

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lirik Lagu Dirgahayu Tanah Airku

Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maj...