Selasa, 25 April 2017

Malaysia sebuah negara multikaum

Rakyat Malaysia pada hari ini semakin dikenali di persada global. Di mana-mana jua bagaikan permukaan bumi yang tidak pernah luput matahari pasti ada anak Malaysia yang mampu bersaing dengan warga global. Bermula dari penghujung kutub, di puncak benua, di tengah-tengah samudera sampailah ke alam cakerawala angkasa lepas pasti dijejaki oleh anak-anak Malaysia. Sesungguhnya, kita berbangga dengan pencapaian cemerlang seperti itu. Bagi melengkapkan agenda kecemerlangan yang telah dirintis oleh beberapa kerat ikon cemerlang itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah ke hadapan agar rakyat kita dapat bersaing dengan lebih tega lagi. Salah satu langkah strategik yang diambil ialah memperkasakan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Langkah tersebut dilaksanakan atas rasional bahawa bahasa kebangsaan mempunyai pelbagai kepentingan terhadap rakyat dan negara Malaysia.

Berdasarkan mafhum daripada sepotong ayat al Quran yang bermaksud, “Aku jadikan manusia dengan bersuku-suku dan berbangsa agar mereka saling berkenal-kenalan dan mereka dapat membesarkan kekuasaanku”. Huraian daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan dengan segala kemurahan-Nya telah memberikan pelbagai hak kepada manusia di dunia ini sama ada dalam aspek negara, bangsa, kesukuan, budaya, kepercayaan agama dan yang lebih menarik ialah bahasa. Oleh itu, kecerlangan bahasa Melayu adalah sebagai wahana yang memperkasakan identiti bangsa Malaysia di bawah payung panji-panji negara. Sepatutnya semua rakyat Malaysia patut berbangga kerana dengan adanya bahasa ini mereka dapat berkomunikasi sehingga dapat merentas sempadan kaum dan etnik. Alangkah hebatnya bahasa kebangsaan kita apabila terkenal di seantero polosok alam sebagai bahasa dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Biarlah sampai bila-bila masa pun, dunia akan mengenali Malaysia dengan identiti bahasa kebangsaannya sendiri

Semua pihak telah maklum bahawa Malaysia ditakdirkan menjadi sebuah negara yang bersifat multikaum. Kepelbagaian etnik telah meletakkan suatu situasi halangan komunikasi yang amat dalam jurangnya. Akasnya, tidak berlaku kepada Malaysia apabila bahasa kebangsaan berjaya menjadi jurubicara dalam interaksi perpaduan. Kita amat pasti di mana-mana jua ceruk rantau Malaysia tiada sesiapapun yang tidak memahami bahasa Melayu. Benarlah seperti ungkapan lirik dalam bait yang ketiga, “Bahasalah menyatukan kita semu”. Kini dalam satu suara dan senada bahasa kebangsaan menjadi alat yang paling ampuh untuk menyatukan 29.23 juta rakyat Malaysia. Menjelang abad milenium kini, peranan bahasa kebangsaan bukan lagi terhad sebagai alat perpaduan tetapi menjangkau sebagai medium komunikasi sama ada dalam dunia perniagaan, penyiaran dan industri media.

Sementara itu, dalam dunia pendidikan, bahasa kebangsaan terus diberikan kepercayaan sebagai bahasa pengantar utama. Mandat ini telah dimaktubkan sejak tahun 1956 lagi apabila Laporan Razak telah menyatakan bahawa, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Pada hari ini jutaan anak Malaysia yang telah terdidik dalam sistem pendidikan kebangsaan berjaya menjadi bijak pandai dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Walaupun dalam tempoh 55 tahun sahaja kita mendaulatkan bahasa sendiri sebagai medium pendidikan, namun hasilnya cukup menakjubkan. Pada hal selama 446 tahun kita dibelenggu oleh bahasa penjajah, kita tidak berjaya untuk ke mana-mana. Dengan kata lain, daulat bahasa kebangsaan tetap tidak tergugat walaupun dalam beberapa waktu belakangan terdapat usaha untuk mengembalikan bahasa Inggeris di persada pendidikan. Namun begitu,  usaha tersebut tetap gagal kerana dibayangi oleh aura bahasa kebangsaan.

Sebagai bahasa yang memiliki sistem yang teratur, bahasa kebangsaan turut berperanan sebagai bahasa ilmiah dan bahasa yang mampu menuturi dunia sains dan teknologi. Walaupun sering kedengaran suara-suara sumbang yang memperlekeh bahasa Melayu, sebaliknya pada hari ini suara tersebut telah hilang. Bahasa Melayu yang dituturkan oleh 500 juta manusia, mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa-bahasa hebat seperti bahasa Inggeris dan Perancis. Buktinya, pada hari ini jutaan intelek yang fasih lidahnya dengan bahasa Melayu sedang menguasai institusi pengajian tinggi. Demikian pula dalam dunia penulisan jutaan jilid buku ilmiah sedang dijadikan rujukan oleh para pelajar di seantero alam. Lahirnya pakar-pakar seperti Profesor Ungku Aziz, Profesor Dr Hamka, Profesor Syed Naquib dan ramai lagi ilmuwan tersohor semua bermula dengan bahasa kebangsaan.

 Sebagai sebuah negara yang berdaulat, semua urusan rasmi kerajaan hendaklah beridentitikan kebangsaan.  Justeru, bahasa kebangsaanlah yang menjadi medium rasmi urusan kerajaan. Bahasa kebangsaan tetap mampu menjadi bahasa di mahkamah, bahasa yang menjadi wacana pembuat dasar di Parlimen, malahan menjadi bahasa mesra antara pemimpin dengan rakyat. Institusi penyiaran yang menjadi penghubung rasmi antara kerajaan dengan rakyat telah sekian lama menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat penyampai dasar-dasar negara. Kini jelas sekali bahasa kebangsaan telah mampu mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang tersohor di rantau ini. Malahan dalam masa yang sama bahasa Melayu turut berkembang seiring dengan anjakan global persis tak lekang dek panas dan lapuk dek hujan.

Kenali batang lihatlah daunnya, justeru kenali bangsa, lihatlah bahasanya ialah peribahasa yang menerangkan betapa setiap bangsa itu sentiasa dikenali berdasarkan imej bahasa dan budaya mereka. Sejajar dengannya, bahasa kebangsaan merupakan pancaran imej kepada bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa memilih bangsa secara asal-usulnya, kepercayaan dan tradisi amalannya rakyat Malaysia masih boleh hidup dalam situasi aman dan harmoni dengan perantaraan bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia mampu menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak pernah mengetepikan nilai-nilai patriotik sebagai bangsa Malaysia. Oleh itu, di bumi yang kita bertapak ini,  maka pertahankanlah kedaulatan bahasa kebangsaan kita keranadi mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kepentingan perpaduan kaum
Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa Malaysia terdiri  daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

Pelbagai Juadah Tradisional Masyarakat di Malaysia

MAKANAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA


         Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

     Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia.



TRADISI  MAKANAN  MELAYU 

NASI LEMAK :

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.










RENDANG :

Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara.  Salah satu makanan istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir Hamzah . seawal tahun 1550-an. 











SATE :

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.
Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
  1. Sate arnab
  2. Sate perut
  3. Sate pedal                                                           
  4. Sate kerang
  5. Sate ikan
  6. Sate ampai-ampai










MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

MURUKU :


Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.  Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 






TOSAI 

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh 
didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.



VADAI :

Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.



MAKANAN TRADISI KAUM CINA

KUIH BULAN :

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih
yang berbentuk bulat beramai-ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

 GUANG BING (KOM PIA):

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French

  

Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba


CHAR KWAY TEOW :   

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

Selasa, 18 April 2017

Tempat Menarik di Sarawak

Tempat Pelancongan Menarik Di Negeri Sarawak, Malaysia


Assalamualaikum & salam sejahtera, ini adalah entry yang ke 9 senarai 
kawasan pelancongan menarik di Malaysia, kali ini kita akan menjelajah
 ke Negeri yang popular dengan gelaran Bumi Kenyalang iaitu Negeri Sarawak. 
Seperti yang ada sedia maklum, sempena dengan tahun 
Melawat Malaysia 2014, saya akan menyenaraikan info-info dan 
tempat pelancongan yang menarik yang ada di setiap negeri di
 Malaysia & sebelum ini saya menyenaraikan tempat pelancongan
 yang menarik di Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, 
Negeri Sembilan dan Sabah anda boleh klik link di bawah untuk membaca entry terdahulu. 





Negeri Sarawak antara negeri yang terbesar di Malaysia, negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi, Negeri di Malaysia yang mempunyai Paling banyak Taman Negara seperti Mulu Caves National Park, Niah National Park, Gunung Gading National Park, Batang Ai National Park dan lain-lain. Jadi untuk entry kali ini saya menyenaraikan kawasan-kawasan pelancongan lain yang menarik untuk dilawati sekiranya anda datang ke Negeri Sarawak, jadi jom lihat senarai di bawah :P 

List Of Interesting Places In Negeri Sarawak, Malaysia
Senarai Kawasan Pelancongan Yang Menarik Di Negeri Sarawak, Malaysia 


Taman Negara Gunung Mulu / Mulu Caves National Park 



Mulu Caves National Park is home to one of the longest networks of caves in the world. Here lies the worlds largest underground chamber, the Sarawak Chamber, capable of accommodating forty Boeing 747 airplanes. In Mulu, you will also find one of the worlds biggest cave passage, Deer Cave, which can fit five cathedrals the size of Saint Pauls in London. Another key attraction is Clear Water Cave, the longest cave in Southeast Asia. The massive caves here are home to millions of bats and cave swiftlets that swarm out into the jungle in great clouds every evening at dusk! 


The outdoorsy type will be pleasantly surprised by some of the best examples of tropical limestone weathering in the world, including enormous razor-sharp pinnacles, deep-cut canyons, appropriately named The Pinnacles. There are tough but rewarding multi-day hikes available from the resort. A guide and porter are recommended 

Niah National Park / Taman Negara Niah 

Niah National Park the scenery is spectacular and breathtaking . The area is a center of human settlement as early as 40,000 years ago , and has one of the largest cave entrance in the world, the Paleolithic and Neolithic cemeteries and wood carvings, frescoes iron-age . Cave paintings are situated near the house wall paintings that tell a boat trip off the head of life after death , including the remnants of the wreckage "death ships" that are scattered on the floor of the cave - boat-shaped coffins (its contents were transferred to the Sarawak Museum ) . The surrounding area is also decorated by thick forest and is home to many species of plants and wildlife. 

Until now , the caves remain as an important place for people from the local community , such as birds' nests and guano collection to be important for their economic resources . Niah Caves is a very pleasant place if you want to stay here a few days, although some of the major attractions are open during the day for visitors. Niah National Park is located in Sungai Niah , about 3 km from the small town of Batu Niah , Miri 110km southwest . The park has a visitor center and a nice stay , and very easy to walk around it in the presence of plankwalk network throughout the park . A pair of good walking shoes and a flashlight are essential items that should be taken 

Gunung Gading National Park / Taman Negara Gunung Gading 

Gunung Gading is home to the world's largest flower, the rafflesia, which can grow up to one metre in diameter. When in bloom the flower gives off a nasty smell which attracts flies and other insects. The rafflesia has no specific season but the rainy season provides better blooming frequencies. It takes nine months to mature and flowering lasts only 4 or 5 days before dying. 

Seeing a blooming rafflesia is certainly the highlight of a trip to Gunung Gading, but the Park and the whole Lundu area are well worth visiting anyway. The rugged mountain peaks that make up the Park provide a scenic backdrop to the nearby town of Lundu, and the nearby beaches at Pandan and Siar. Gunung Gading also has some enjoyable walks and a challenging jungle trek

Lampir Hill National Park / Taman Negara Bukit Lampir

The Lampir Hill National Park is located along the Miri-Bintulu road, about 30km south of Miri Town. With area about 6,952 hectares, it was gazetted and opened to public on 1975. The park is consists of the central portion of the Lambir Hills, a rugged east-west trending sandstone escarpment with a maximum height of 465 meters, has an outstanding regional and global conservation significance for its extraordinary species-rich forest which is ideal for botanist and researchers throughout the world. 

1,050 different species of tree out of 7,000 total species and over 1,000 species of insect life are found within the small sample area of 52ha. The park covered with more than half of the area with rich natural mixed Dipterocarp forest, where huge, tall Dipterocarp trees such as Kapur, Meranti, Kempas and Selangan Batu. Shorter trees like Rhu Bukit, Selunsur Bukit, low shrubs, pitcher plants and orchids are found in the Kerangas forest. Apart from the various tree species, the park is very rich in other plant species such as ferns, gingers, vines, palms, mushrooms, moss and lichen, flowering and fruiting shrub trees, climbers and creepers. The fungi of Lampir hill are numerous and remarkable, this including the phosphorescent (illuminate) species that glows in the dark. Animals like bats, monkeys, pangolins and barking deer are those found as well and more than 150 species of birds have been recorded. 

Batang Ai National Park / Taman Negara Batang Ai 

Batang Ai National Park is located in the Sri Aman Division of Sarawak, in eastern Malaysia on the island of Borneo. It is located in Lubok Antu, some 250 kilometers east of Kuching. The Park is located at Sarawak about 250km from Kuching City with a covering area of 24,040 hectares of rainforest and the artificial lake. The lake is also the Sarawak’s only artificial lake, which stretches up to Skrang, Lemanak, Engkari and Ai Valleys. The artificial lake now acts as a water dam that feed to the Batang Ai Hydro Electric Complex to generate the electricity for Sarawak’s use. Batang Ai National Park was gazetted as a protected area in early 1991. 

Visitors can take a boat ride upriver from the dam, about an hour’s of boat ride to see beautiful lowland mixed dipterocarp forest, with drooping trees overhanging the rivers. The rivers are fast flowing, clear and very refreshing. The water level gets quite low during the dry seasons where visitors normally have to help push their boats upstream. Here, the main mode of communication is river transport. 

The park is home to many protected species like the Orang Utan, hornbills and gibbons. Other major attraction upriver is the Iban longhouse. This longhouse gives the authentic atmosphere as most of the longhouse dwellers still practise their traditional lifestyle. The Ibans produce local handicrafts, like their ‘Pua Kumbu’, rattan backpacks ‘selabit’, rattan mats and even gourd for collecting water. Please note that, if you are staying in Iban longhouse, you need to be aware of local Iban customs so as not to offend anybody. 

Bako National Park / Taman Negara Bako

Sarawak's oldest national park was established in 1957, covers a modest 27 sq. km., and is about 37km from Kuching. It's known for its extraordinary natural scenery, habitats, plants and wild life. Its most significant features are secluded coves and rugged rocky headlands with magnificent steep cliffs that overlook the South China Sea. The sea spray, wave action and the wind have also carved out magnificent sea arches and sea stacks at the base of the cliffs, some rearing above the waves like a mighty serpent's head. 

The attractive sandstone formations appear pink with iron patterns on the cliff. Further inland, waterfalls tumble down into freshwater pools in a tranquil and idyllic jungle setting. Bako contains an incredible variety of plant species and vegetation types, and this is one of the parks great attractions. At Bako it is possible to see almost every type of vegetation found 

Bako is also home to approximately 275 rare proboscis monkeys, found only in Borneo. The best times for seeing wildlife at Bako are just after dawn and just before dusk, when the animals are at their most active. Bako is a fascinating place for bird watching, as over 150 species have been recorded here. Bakos extensive trail system is made up of 16 colour-coded jungle trails which offer a range of walking and hiking options. The fit and adventurous can opt for full- day jungle hikes or overnight camping expeditions, whilst those who prefer to take it easy can opt for a relaxing forest walk. 

Kuching Town / Bandar Kuching 

Described as one of the most attractive cities in Southeast Asia, Kuching is the State capital. It is a city rich in history, and modern day Kuching is a delightful blend of modern structures and old-world charm. Kuching is divided by the Sarawak River; the south is a commercial residential area, dominated by Chinese, while the north shore is predominantly Malay in character, with old kampong houses lining the river. The two parts of the city are very different in character and even have separate mayors and separate town halls 

Kuching means ‘cat’ in Malay and there are a number of suggestions as to how Sarawak’s capital acquired the name. Local legend has it that James Brooke (see section on ‘history’), pointing towards the settlement across the river, enquired what it was called. Whoever he asked, mistakenly thought he was pointing at a passing cat. If that seems a little far-fetched, the Sarawak Museum offers a few more plausible alternatives, the most likely of which is that the town may have originally have been known as Cochin – port – a word commonly used across India and Indochina. 

Sarawak Cultural Village / Perkampungan Budaya Sarawak 

Known as the 'Living Museum', the Cultural Village was set up to preserve and showcase Sarawak's cultural heritage. Located at Pantai Damai, Santubong, just 32km from the state capital, Kuching, it is the perfect place to get introduced to local culture and lifestyle. Sprawled across 17 acres, there are about 150 people living in the village, demonstrating traditional daily activities from Sarawak's diverse tribes like the processing of sago and the making of handicrafts. They wear traditional costumes and also put on dances for visitors. 

The village residents provide information on their various traditional cultures and lifestyles. You can see replicas of buildings that represent every major ethnic group in Sarawak; longhouses of the Iban, Bidayuh and Orang Ulu, a Melanau tall-house and a Chinese farm house among others. The village also has a theatre, where you can enjoy multicultural dance performances. Besides this, there is a restaurant and handicraft shop. You can even get married at the Sarawak Cultural Village, in traditional Iban, Malay, Bidayuh or Orang Ulu style. 

The Iban longhouse has separate rooms placed side by side, all of which open to a long communal hall, used for leisurely activities like wood carving and basket weaving. Guests are often invited to attend nightly ceremonies and drink a potent rice wine, tuak, which the Iban make themselves. Comfortable guesthouses are also available for visitors.

Jong's Crocodile Farm / Taman Buaya Jong's 

Situated at 18 Miles (29km) Kuching/ Serian Highway, a 20 minute leisure drive from Kuching Town, the capital of Sarawak, Land of Hornbills, boasts one of the largest and the only crocodile breeding farm in the country. 

Set amidst the charming backdrop of tall tropical trees, lush vegetation and local fruit trees lies this unique farm with over a thousand crocodiles bred in captivity. The farm provides a perfect sanctuary for the reptiles, saving the species from extinction. There are huge and deep concrete ponds and natural breeding grounds for the crocodiles to mate and multiply. Visitors are able to gaze at the snapping jaws, cold menacing eyes, sharp pointed teeth and powerful lashing tails of the crocs within short distance yet safe because of the metal fence. 

Apart from crocodiles there are also numerous rare species of birds and animals found only in the Borneo Island. Visitors can have the enchanting experience of walking freely among the monkeys, leopard-cats, sunbears, bearcats, pheasants, civets, barking deers, sambar deers, turtles, fruit bats, monitor lizards, pythons and even hornbills. 

Bungai Beach / Pantai Bungai 

Location: Miri, About 1 hour drive from Miri and situated near Kampung Bungai in Bekenu is Bungai Beach. Bungai Beach is popular with beachgoers who appreciate its pristine beach, clear waters, and the beauty of the untouched surroundings. Its relatively secluded and a great spot to get away from the hustle and bustle of the city. 


Entry ini ditulis khas menyokong kempen tahun melawat malaysia 2014.


P/s: Macam mana dengan senarai kawasan pelancongan menarik yang ada di Negeri Bumi Kanyalang, sangat menarik bukan? Jadi apa lagi jom melancong ke Sarawak! Diharapkan entry boleh dijadikan sebagai rujukan / panduan sekiranya anda mencari info dan senarai kawasan yang menarik ada di sekitar Sarawak dan jangan lupa bookmark entry ini :P




Senarai di atas hanyalah sebahagian kecil daripada tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda mengunjungi Sarawak, jadi bagi anda yang mempunyai info / maklumat tambahan mengenai kawasan pelancongan menarik yang ada di Sarawak di rungan komen sebagai rujukan kita bersama :P

Lirik Lagu Dirgahayu Tanah Airku

Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maj...